Parlimen

Tiada keperluan beri elaun kepada anggota Kabinet bayangan pembangkang – Penganalisis

Tiada keperluan munasabah untuk anggota Kabinet bayangan diwujudkan pembangkang dibayar elaun, kata seorang penganalisis politik.

Prof Madya Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali, berkata pemberian elaun kepada Kabinet bayangan itu akan memberi kesan kepada perbelanjaan kerajaan dan wang serta cukai rakyat .

Ketika negara masih berdepan ekonomi mencabar terutama dalam keadaan Ahli Parlimen pembangkang masing-masing mendapat elaun dan saraan mencukupi bagi menjalankan tugas, kerajaan jelasnya perlu berbelanja dengan berhemah dan mengutamakan keperluan rakyat.

“Mereka yang mendapat saraan ini bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai institusi semak dan imbang, baik bertindak bersendirian atau berkumpulan seperti Kabinet bayangan.

“Itu tanggungjawab mereka (Ahli Parlimen pembangkang) dan tidak perlu diberi elaun tambahan RM5,000 sebulan.

“Pemberian elaun itu memerlukan perbelanjaan besar, belum lagi ditambah peruntukan menggajikan pegawai penyelidik yang sebenarnya tidak perlu kerana ahli Parlimen perlu membuat ‘kerja rumah’ sendiri dengan elaun bulanan sedia ada,” jelasnya.

BACA LAGI: Ahli Parlimen PN rasa tertipu dengan janji ‘tebuk atap’

Dr Mazlan berkata begitu sebagai mengulas gesaan Projek-Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA) agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf Kabinet bayangan pembangkang dengan diberi elaun bulanan RM5,000 susulan pengumuman lima ketua portfolio baharu dalam Kabinet Bayangan bagi menyelaraskan pengurusan gabungan itu sebagai pembangkang di Parlimen.

Sementara itu tambahnya amalan di negara ini, hanya ketua pembangkang diberi kemudahan elaun selain mendapat pejabat dan kedudukannya setara menteri Kabinet.

“Dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar, kerajaan perlu lebih berhemah dan mengutamakan keperluan rakyat,” katanya.

Related Articles

Back to top button