Wilayah

Semua tandas awam milik Wilayah Persekutuan bakal dinaik taraf – Menteri

Jabatan Wilayah Persekutuan menerima peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menaik taraf tandas awam milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa ketika memaklumkan perkara itu berkata, peruntukkan merangkumi penambahan 200 unit MyKiosk dan penambahbaikan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir di bawah selenggaraan DBKL itu hasil perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Peruntukan itu merupakan antara hasil perbincangan bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta delegasinya…

“Perbincangan turut tertumpu kepada kerjasama meliputi isu-isu dasar serta inisiatif terkait dengan aspek perumahan, landskap dan juga bandar pintar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan,” katanya menerusi ciapan di laman X.

BACA LAGI: Tandas lima bintang dapat insentif RM20,000 untuk masjid dan surau di Wilayah Persekutuan

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, inisiatif itu juga adalah sebagai sebahagian persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada 2025

“Pihak DBKL akan mengenal pasti 30 kawasan sekitar ibu kota yang akan dibangunkan dengan projek pocket parks di mana ia adalah pembangunan landskap perbandaran bagi tujuan pengindahan Kuala Lumpur,” katanya dipetik.

Back to top button