Semasa

Timbalan menteri perlu kuasai kerangka pemikiran Madani – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua Timbalan Menteri menguasai kerangka pemikiran dan dasar-dasar di bawah gagasan Madani.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya Anwar berkata, anggota pentadbiran perlu bergerak di luar kerangka pendekatan lampau yang hanya menumpukan pada urusan kementerian sendiri semata-mata.

“Sebaliknya semua jentera kementerian dan agensi perlu menyokong antara sama lain dengan membantu memberi penjelasan kepada rakyat terhadap apa jua isu berbangkit, sekali gus bertindak sebagai satu pasukan dengan semangat perpaduan yang sebenar,” katanya.

Anwar sebelumnya menyampaikan amanat dan dialog di Permukiman Timbalan-Timbalan Menteri di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Pemukiman Menteri: kerajaan buat penilaian, perbaiki kelemahan dalam perkhidmatan

“Saya turut sambut baik beberapa pandangan dan cadangan disuarakan beberapa timbalan menteri yang berkobar-kobar mahu memastikan kebajikan rakyat terbela dan negara dilimpahi kemakmuran.

“Saya punya harapan besar untuk melihat siri-siri permukiman membabitkan pimpinan tertinggi Kerajaan ini akan mencetus perubahan terhadap gerak kerja Kerajaan MADANI yang lebih berkesan dalam usaha mengangkat negara ini ke tingkat tertinggi,” katanya sebagai mengulas sesi pemukiman tersebut.

Related Articles

Back to top button