Semasa

Kerajaan tanggung caruman Perkeso pemandu teksi, bas sekolah mulai bulan depan – Menteri

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan berita gembira untuk kumpulan pemandu teksi dan bas sekolah .

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sua Kasih Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada Jumaat beliau berkata, kerajaan akan menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mereka.

Susulan itu jelasnya, 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan mula menikmati manfaat itu bermula Mac ini.

“Bantuan terbabit antara usaha kementerian itu untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan berkenaan.

“Kesemua inisiatif bantuan itu dilaksanakan menerusi hasil bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) yang dikelolakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya dipetik.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Seremban itu berkata, kerajaan akan menanggung sepenuhnya caruman itu di mana 90 peratus caruman dibiayai Kementerian Kewangan, manakala baki 10 peratus ditanggung Kementerian Pengangkutan bagi tempoh setahun.

“Walaupun 90 peratus, tetapi 10 peratus perlu dicarum sendiri oleh pemandu sendiri, jadi untuk golongan ini, kita akan bantu caruman tambahan 10 peratus itu,” jelasnya.

BACA LAGI: MOT bakal tanggung caruman Perkeso untuk 40,000 pemandu teksi
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan bersetuju melaksanakan inisiatif bantuan caruman Perkeso sepenuhnya kepada hampir 40,000 pemandu teksi di seluruh negara tahun ini

Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Perkeso untuk mencarum sehingga 90 peratus bagi pemandu teksi, e-hailing, p-hailing dan sebagainya.

Related Articles

Back to top button