Liverpool juara Piala Liga Inggeris EFL
![](https://mediamadani.com/wp-content/uploads/2024/02/424990195_959153425579489_2369395325243755991_n-780x470.jpg)
Liverpool muncul juara Piala Liga Inggeris EFL selepas menewaskan Chelsea 1-0 dalam aksi final di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Ia juga menjadi gelaran Piala Liga yang kedua disumbang pengendali The Reds, Jurgen Klopp selepas musim 2021-2022.
Chelsea memperoleh gol pembukaan pada minit ke-32 sebelum jaringan yang diledak Raheem Sterling itu dibatalkan pengadil, Chris Kavanagh kerana ‘ofsaid’.
![](https://mediamadani.com/wp-content/uploads/2024/02/424977210_959116722249826_6721207453208749023_n-1024x629.jpg)
Liverpool turut berdepan detik mengecewakan apabila jaringan Virgil van Dijk pada minit ke-60 dibatalkan selepas Kavanagh meneliti video bantuan pengadil (VAR).
Chelsea melepaskan beberapa peluang terbaik pada penghujung perlawanan terutama menerusi Conor Gallagher yang gagal menjelmakan jaringan pada minit ke-86 ketika dia hanya berdepan penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher.
Malah, ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan berterusan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
![](https://mediamadani.com/wp-content/uploads/2024/02/408916681_959174585577373_832503838706929209_n-1024x683.jpg)
Ketika pemenang seakan terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti, Van Dijk muncul wira Liverpool apabila meledak gol ketika masa tambahan berbaki dua minit, sekali gus menjadi jaringan kemenangan The Reds. – Agensi