Raja Norway alami jangkitan, sedang dirawat di Pulau Langkawi
Raja Norway Raja Harald V dilapor sedang dirawat di Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi
Jurucakap Keluarga Diraja Norway melalui satu kenyataan pada Selasa berkata, baginda yang sedang dalam lawatan peribadi ke negara Asia Tenggara dikejarkan ke hospital setelah mengalami jangkitan.
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja telah jatuh sakit ketika percutiannya di Malaysia, dan dimasukkan ke hospital di sana kerana mengalami jangkitan.
“Raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” kata kenyataan itu.
Raja Harald,87, telah menjadi ketua negara istiadat Norway sejak 1991 dan merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah.
Baginda telah berulang kali dimasukkan ke hospital dengan jangkitan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Baginda yang dilihat menggunakan tongkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pernah menjalani pembedahan untuk menggantikan injap jantung pada Oktober 2020 selepas dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas.
Tugas Harald V adalah sebagai Ketua Negara Norway bagi majlis dan upacara rasmi negara selain Baginda tidak mempunyai kuasa politik.
Putera Mahkota Haakon bertindak sebagai Pemangku Raja ketika ketiadaan Raja Harald V