Parlimen

KSM bakal bentang cadangan pinda dua RUU berkaitan insurans pekerja

Kementerian Sumber Manusia dijangka membentangkan cadangan bagi meminda dua rang undang-undang berkaitan siling gaji diinsuranskan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) .

Menterinya Steven Sim Chee Keong dipetik laporan Bernama berkata, pindaan itu membabitkan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja dan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan.

Pindaan itu yang dijangka akan dibentangkan tahun ini akan menyaksikan siling gaji diinsuranskan itu dipinda daripada RM5,000 kepada RM6,000.

“Ketika ini pekerja yang mempunyai gaji melebihi RM5,000 adalah kira-kira 1.45 juta orang manakala pekerja yang berskala gaji kurang dari RM5,000 adalah 8.38 juta orang.

“Peningkatan (siling gaji) ini dapat menambah baik perlindungan keselamatan sosial Perkeso dengan meningkatkan faedah-faedah bagi kedua-dua akta,” katanya dipetik.

Pindaan berkenaan tambahnya adalah selaras dengan fokus 3K kementerian iaitu untuk meningkatkan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan dalam kalangan pekerja di negara ini.

BACA LAGI: Kerajaan tanggung caruman Perkeso pemandu teksi, bas sekolah mulai bulan depan

Sementara itu, Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, kementerian juga sudah mengeluar arahan supaya kajian dibuat untuk melihat bagaimana keseluruhan ekosistem gig dapat diperkasakan bagi menjaga hak dan kebajikan golongan itu dan tidak hanya melibatkan pekerja p-hailing dan e-hailing.

“Pekerja gig ini telah lama menunggu satu ekosistem lebih baik dengan hak mereka dari segi gaji, perlindungan keselamatan sosial dan dari segi kebajikan akan lebih terpelihara,” katanya.

Related Articles

Back to top button