Semasa

NRES galak mekanisme alternatif kurangkan penggunaan plastik industri

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) terus komited menjayakan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan terus menggalakkan seramai mungkin pemain industri untuk beralih kepada penggunaan plastik yang lebih mesra alam dan lestari dalam industri pengeluaran plastik.

“Justeru sebagai warganegara yang bertanggungjawab harus peka dan bertindak untuk tidak menggunakan plastik sekali guna dalam urusan seharian.

“Selain itu, kehidupan dan teknologi tidak dapat dipisahkan. Masyarakat perlu sedar akan kesan barangan elektronik jika tidak dihapuskan dengan betul,”katanya.

Nik Nazmi sebelumnya hadir pada program Kesedaran Gaya Hidup Hijau di Taman Pertanian Kilan di Labuan pada Selasa.

BACA LAGI: Kempen ‘Jom Beli Produk Hijau’ diteruskan tahun ini

Sementara itu menurut beliau, berdasarkan kajian dijangka sebanyak 24.5 juta unit e-waste akan dihasilkan di Malaysia menjelang tahun 2025.

“Sehubungan itu masyarakat perlu cakna tentang pelupusan e-waste dengan kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi menjamin kesejahteraan kehidupan dan kelestarian alam sekitar.

“Ini kerana sisa barangan tersebut berupaya untuk membahayakan kesihatan dan menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button