Parlimen

KUSKOP ganda usaha, tarik penyertaan belia dalam koperasi – Timbalan Menteri

Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan penyertaan belia dalam gerakan koperasi, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Datuk R. Ramanan berkata, kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melaksana pelbagai program bagi tujuan itu tahun lepas antaranya melalui Year Entrepreneurs Strive For Success.

Program anjuran bersama SKM dan Kementerian Pendidikan itu bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan kolej vokasional sekaligus menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan, sekali gus dapat mengukuhkan peranan koperasi sekolah sebagai institusi keusahawanan koperasi.

“SKM bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), telah menganjurkan Asia Pacific Cooperative Youth Summit pada Julai 2023 di Sabah, melibatkan kumpulan sasaran belia yang diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan gerakan koperasi di negara masing-masing.

“Program ini menyeru golongan belia untuk bersama-sama menggalakkan gaya hidup yang mampan sambil menghayati dan menilai kerjasama dan membentuk perusahaan perniagaan secara koperasi,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Mustafa Musa yang mahu tahu usaha kerajaan menggandakan penyertaan belia dalam koperasi sebagai sumber pendapatan alternatif pada masa ini.

BACA LAGI: R. Ramanan edar bubur lambuk, santuni umat Islam sekitar Sungai Buluh

Ramanan berkata selain itu, SKM turut menganjurkan 368 program pengukuhan, penggalakkan serta pembudayaan koperasi di seluruh negara yang melibatkan pelbagai golongan sasar, termasuk golongan belia.

Sejumlah RM2 juta juga telah diperuntukkan kepada SKM tahun ini, untuk menggalakkan penyertaan koperasi dalam sektor pelancongan antaranya menerusi aktiviti inap desa.

Related Articles

Back to top button