Semasa

‘Kita tak menang jika terus mencerca, berfikiran jumud’ – PM Anwar

Pemimpin dalam kerajaan disaran bersikap lebih proaktif dengan mencari jalan atau kaedah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat di kampung halaman masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan percaya langkah sedemikian mampu menyelesaikan separuh daripada permasalahan berkaitan isu sosial, kewangan dan pendidikan di kawasan luar bandar.

Pada ucapan di program Bicara Eksekutif Malaysia Madani Penjawat Awam 2024 bertajuk Bina Kota: Kemampanan, Kesejahteraan dan Daya Cipta Tunjang Membangun Malaysia Madani di Putrajaya pada Khamis Anwar berkata, beliau sudah melaksana perkara itu di kampungnya, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam.

“Sebagai anak kampung, kita harus ambil tanggungjawab ini.

“Dalam seminggu ini saya terpaksa hubungi rakan atau balik kawasan untuk tentukan wakil wanita, wakil belia, jawatankuasa masjid, jawatankuasa kampung supaya semua ada tanggungjawab untuk menyampaikan (memaklumkan) kemudahan dan keperluan mereka (penduduk) termasuk keluarga miskin, kedudukan pendidikan di sekolah, masalah dadah di kampung. Semua ini harus diambil tahu,” katanya dipetik.

BACA LAGI: DAP sokong keberanian PM Anwar, wakili suara nurani masyarakat antarabangsa

Sementara itu, Anwar berkongsi harapannya agar suatu bangsa yang hebat dari sudut kepimpinan, sikap, budaya, disiplin dan integriti diangkat.

Untuk itu rakyat dinasihati mengelak sebarang perbincangan jumud dan lapuk dihentikan demi menyelamatkan dan melonjakkan negara daripada berada dalam situasi kelembapan.

“Tidak ada untungnya jika masing-masing rasa mahu menang dengan menanam kebencian dan mencerca orang lain kerana ia tidak akan memenangkan negara dalam semua aspek,

“Tidak menang kita dengan sorakan menghina orang lain, melainkan dengan integriti, kewibawaan dan keterampilan kita,” katanya.

Related Articles

Back to top button