Global

Puteri Wales, Kate Middleton dedah dirinya hidap kanser

Puteri Wales, Kate Middleton mengumumkan pada Jumaat bahawa beliau sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser.

Dalam mesej video yang dirakam di Windsor oleh BBC, Kate mendedahkan kanser itu dikesan, selepas menjalani pembedahan perut pada Januari lalu.

“Justeru, pasukan perubatan menasihatkan supaya menjalani kemoterapi pencegahan dan saya kini berada pada peringkat awal rawatan itu.

“Berita ini sememangnya mengejutkan dan William dan telah melakukan segala yang termampu untuk menguruskan berita ini secara peribadi demi keluarga kami,” katanya.

Selepas berminggu-minggu spekulasi mengenai kesihatannya, Kate menyatakan bahawa dia dan suaminya, Putera William, memerlukan masa untuk menjelaskan situasi itu kepada anak-anak mereka.

Puteri berusia 42 tahun itu dimasukkan ke Klinik London pada 16 Januari lalu untuk pembedahan perut.

Pada awal Januari, Istana Kensington mengumumkan bahawa beliau akan berada di hospital selama 14 hari selepas pembedahan perut yang dirancang. – Agensi

Related Articles

Back to top button