Nasional

Pendaftaran PADU meningkat mendadak – Rafizi

Angka pendaftaran terhadap Pengkalan Data Utama (PADU) memperlihatkan peningkatan mendadak pada minggu lalu.

Menurut kenyataan Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli hari ini, setakat pukul 11:59 malam pada Ahad, bilangan pendaftaran meningkat 5.4 juta kepada 7.7 juta yang direkodkan pada 17 Mac lalu.

“Berdasarkan jumlah pendaftaran terkini, kadar pendaftaran dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas telah mencecah 35.1 peratus.

“Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50 peratus menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac 2024,” katanya.

Tambah Rafizi, orang ramai digalakkan untuk tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar.

“Tarikh tutup yang semakin hampir, kami menjangkakan pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara.

“Daftar dan kemaskini data anda ke dalam PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button