Parlimen

Pindaan berkaitan kewarganegaraan: Ahli Parlimen ada peluang bahas pada sesi depan

Semua Ahli Parlimen berpeluang membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Katanya, sesi Dewan Rakyat kali ini perlu ditangguhkan mengikut jadual hari ini dengan bacaan pertama dan kedua selesai.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sidang akan datang yang dijangka pada Jun membolehkan semua Ahli Parlimen turut serta dan berbincang cadangan perubahan secara mendalam.

“Dalam susunan RUU, (perbahasan) RUU pindaan kewarganegaraan berlangsung selepas RUU Keselamatan Siber. Perbahasan kewarganegaraan mesti diberikan masa untuk Ahli Parlimen mengambil bahagian,” katanya dipetik.

BACA LAGI: Pindaan bukti kerajaan tangani isu dengan cermat

Saifuddin pada Rabu membentangkan pindaan itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat sebelum sidang Dewan Rakyat ditangguhkan Speaker Johari Abdul, tanpa perbahasan dan undian terhadap usul berkenaan.

Pindaan itu menyasarkan mengetatkan kriteria kewarganegaraan mengambil kira aspek keselamatan dan kemanusiaan.

Cadangan perubahan merangkumi tujuh pindaan, tiga peruntukan baharu dan tiga pemansuhan menangani keselamatan dan kedaulatan negara.

Sidang Dewan Rakyat seterusnya dijadual bermula 24 Jun hingga 18 Julai.

Related Articles

Back to top button