Semasa
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Tokoh Wartawan Negara 2014, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi tadi.
Perkara itu disahkan isteri Allahyarham Noraini Shariff.
“Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Suami saya Ahmad Rejal Arbee telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi pada 2 pagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas ketua pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas pengarang Kumpulan Berita Harian.
Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.
Difahamkan, solat jenazah diadakan di Masjid Seksyen 7 Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam, Selangor.