Semasa

Pindaan Akta 50 kini di peringkat akhir – Menteri Kesihatan

Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bagi menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan kini di peringkat akhir.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau berharap pindaan itu akan dapat membantu kerajaan dalam memperkasa dan mengawal selia kedua-dua program berkenaan.

“Saya harap apabila semua sudah siap, semua pelatih boleh didaftarkan, bukan sahaja melibatkan mereka yang mengikuti PPP malah turut melibatkan pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sarjana tempatan,“ katanya dipetik laporan media.

Media pada April melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengemuka cadangan kepada Kabinet supaya akta tersebut segera dipinda.

BACA LAGI: KPM komited atasi isu kekurangan guru

Pindaan itu bagi memastikan pakar perubatan yang telah menamatkan latihan mereka di bawah PPP akan didaftarkan dan diiktiraf sekaligus menyelesaikan isu kekurangan pakar perubatan di hospital kerajaan.

Kementerian mensasarkan pindaan itu dapat dibawa selewatnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 Jun ini, bagi penguatkuasaan secepat mungkin.

Related Articles

Back to top button