Semasa

MCMC rakam percakapan MyNewsHub susulan penularan video didakwa berniat jahat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal merakam percakapan pengendali akaun MyNewsHub susulan tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

Suruhanjaya itu melalui satu kenyataan pada Jumaat berkata, pihaknya memandang serius penularan video 1 minit 10 saat itu dengan tajuk “Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!”.

Penularan video itu jelas MCMC dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.

“Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, JPA dalam kenyataan memaklumkan video tular itu merupakan rakaman lama

Video berkenaan antara lain mengandungi babak pertanyaan oleh pegawai awam kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengenai status permohonan kuarters kerajaan yang masih belum diluluskan, namun mereka dinafikan dan dihalang sekumpulan polis bantuan.

BACA LAGI: SKMM akan ambil tindakan terhadap pihak cetus ketegangan

Sementara itu MCMC berkata, mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Merujuk kepada penularan video tersebut, MCMC berkata ia disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Related Articles

Back to top button