Sukan

Pertarungan tinju Conor McGregor menentang Michael Chandler jadi tumpuan utama Jun depan

Petinju Conor McGregor akan kembali ke gelanggang menentang Michael Chandler di Las Vegas pada 29 Jun depan.

Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White berkata, pertarungan welterweight itu akan menjadi tumpuan utama di UFC 303, tiga tahun selepas McGregor patah kaki kiri semasa menentang Dustin Poirier.

Sebagai rekod, petinju Ireland itu (22-6) tidak bertarung sejak mengalami kecederaan itu yang juga merupakan kekalahan TKO kedua berturut-turut kepada Poirier pada Julai 2021.

Kecederaan tersebut menyaksikan bekas juara kelas featherweight dan lightweight UFC berkenaan perlu menjalani pembedahan.

Bekas juara Bellator, Chandler (23-8) juga tewas kepada rakan senegaranya dari Amerika Syarikat, Poirier dalam pertarungan terakhirnya pada November 2022.

Pertarungan itu digembar-gembur oleh UFC selama lebih daripada setahun, dengan McGregor dan Chandler melatih pasukan lawan dalam rancangan realiti berasaskan MMA mereka ‘The Ultimate Fighter’ tahun lalu.

McGregor mengumumkan tarikh dan lawan yang sama untuk pertarungan seterusnya dalam video yang disiarkan di X Disember lalu, menyebutnya sebagai ‘kemunculan semula paling hebat sepanjang zaman’.

Related Articles

Back to top button