Nasional

PETRA tubuh ENEGEM bekal elektrik hijau ke negara jiran

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mempelawa pihak berkelayakan untuk menyertai bidaan pembelian bekalan elektrik hijau sistem bekalan elektrik Malaysia untuk disalurkan ke sistem bekalan elektrik Singapura bermula 16 April 2024.

Bagi merealisasikan usaha tersebut, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) bagi melaksanakan perdagangan bekalan elektrik hijau merentas sempadan ke negara jiran.

PETRA dalam satu kenyataan berkata, ia selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara serta komitmen Malaysia untuk menyokong inisiatif integrasi bekalan elektrik serantau melalui ASEAN Power Grid.

“Pembidaan bagi perdagangan bekalan elektrik hijau merentas sempadan ke Singapura ini akan dimulakan dengan pelaksanaan projek rintis berjumlah 100 megawatt (MW) menggunakan rangkaian infrastruktur sambung tara sedia ada antara Semenanjung Malaysia dan Singapura.

“PETRA yakin pelaksanaan bidaan melalui platform ENEGEM in akan membolehkan Malaysia memperkukuhkan lagi kerangka kerja pembekalan elektrik merentas sempadan, di samping membuka peluang pembangunan serta usaha sama bidang Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang lebih luas,” katanya.

Difahamkan, pembida TBB yang berminat boleh mendaftarkan hasrat penyertaan melalui laman sesawang Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau Single Buyer mulai Selasa.

Related Articles

Back to top button