Semasa

Sidang Ulama Sedunia Mei ini dijangka tarik kehadiran 200 ulama Nusantara

Persidangan Ulama Sedunia yang dijadualkan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini dijangka akan dihadiri kira-kira 200 ulama Nusantara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata persidangan itu yang dijadualkan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjangkakan kehadiran 1,500 peserta pada hari pertama yang berlangsung secara bersemuka.

Dianjurkan Muslim World League, ia diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan penganjuranya setelah menerima memorandum mengenainya dari Mohd Na’im.

Sementara itu Mohd Na’im berharap persidangan itu dapat menjadi platform kepada golongan agama dan ilmuwan untuk memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat yang aman, sejahtera dan harmoni.

BACA LAGI: Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di semua institusi pendidikan KPM martabat syiar Islam

“Kita harapkan agar pemimpin agama akan dapat main peranan untuk mengajak masyarakat ke arah kesatuan dan hidup dalam keadaan aman. Itu asasnya yang kita mahu,” katanya pada sidang media di Putrajaya semalam.

Difahamkan, Mohd Na’im turut akan merasmikan persidangan ulama peringkat ASEAN pada hari kedua persidangan tersebut.

Related Articles

Back to top button