Pilihanraya

PRK Kuala Kubu Bharu: Kerajaan tumpu isu ekonomi, masa depan penduduk

Isu ekonomi dan masa depan penduduk tempatan bakal menjadi tumpuan Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB).

“Kita sudah mengenal pasti sejumlah perkara yang dibangkitkan sama ada oleh penduduk atau pengundi di KKB serta apa yang dijanjikan oleh mendiang bekas ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) KKB dan ini yang akan jadi keutamaan.

“Maklum balas yang kami terima, fokus bagi pengundi di KKB, berkait isu ekonomi dan masa depan terutama bagi rakyat tempatan, inilah yang akan menjadi fokus,” kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil pada satu sidang media di Putrajaya pada Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK diadakan pada 11 Mei, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ia diadakan susulan penyandangnya, Lee Kee Hiong yang mewakili Pakatan Harapan (PH) daripada DAP meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.

BACA LAGI: Kerajaan MADANI bawa misi politik baik, sederhana

Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera bagi PRK itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum ini berkata, jentera pilihan raya kerajaan akan membawa misi politik yang baik iaitu ‘politik kesederhanaan’ daripada kerajaan Madani.

Calon yang dikemukakan bakal dipromosikan mewakili kerajaan dan bukan atas nama parti dalam gabungan itu.

Related Articles

Back to top button