Anwar

PM Anwar doakan Tun Abdullah segera sembuh selepas dimasukkan ke IJN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar segera sembuh selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada Rabu.

“Mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN di setelah mengalami ‘small spontaneous pneumothorax’ dan dilaporkan stabil serta masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU).

Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah menerusi Instagram memaklumkan, keadaan bapa mentuanya itu dalam keadaan baik ketika ini.

“Namun (Abdullah) memerlukan rehat yang secukupnya. Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau.

“Tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” kata bekas Menteri Kesihatan itu.

Related Articles

Back to top button