Anwar

Pekerja penggerak utama kemajuan ekonomi, pembangunan negara – PM Anwar

Hari Pekerja atau juga dikenali sebagai Hari Buruh disambut di seluruh dunia pada 1 Mei dan di Malaysia, tarikh ini diisytiharkan sebagai tarikh kelepasan am di seluruh negeri setiap tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tahun ini pekerja akan diberi ransangan dan pengiktirafan daripada segi ganjaran, rasa hormat dan ihsan dapat dipertingkatkan.

“Kita raikan hari pekerja ini bukan sebagai agenda pesta tahunan namun kita raikan kerana ingin mengiktiraf peranan setiap pekerja dari setiap peringkat.

“Saya harap pada tahun pekerja hari ini dapat memberikan ransangan kepada semua pekerja dari segi ganjaran, hornat dan ihsan dapat kita tingkatkan,” katanya dalam video ucapan Selamat Hari Pekerja 2024 menerusi hantaran di Facebook.

Mewakili Kerajaan MADANI, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat yang ditunjukkan pekerja selama ini.

Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan dengan tema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja yang mencari rezeki yang halal di muka bumi ini, tidak kira di mana pun anda berada.

Related Articles

Back to top button