Nasional

Agong berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Ketibaan baginda pada jam 12.50 tengah hari disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Turut hadir, barisan Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan anggota pentadbiran JPM.

Baginda turut berkenan santap, beramah mesra dan bergambar bersama para tetamu sebelum berangkat pulang.

Sementara itu, JPM dalam kenyataan memaklumkan, tujuan utama penganjuran majlis tersebut adalah untuk memupuk semangat perpaduan, keharmonian serta muhibah antara warga jabatan terbabit dan barisan pengurusan pentadbiran.

Related Articles

Back to top button