Nasional

Reuters nafi laporan AS, Malaysia disenarai sebagai penaja negara keganasan adalah palsu

Laporan berita dikaitkan dengan Reuters yang mengatakan Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.

“Mana-mana dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh AS sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.

“Reuters tidak melaporkannya,” jelas agensi berita itu menerusi ciapan di platform X.

Terdahulu, dalam mesej WhatsApp disebarkan semalam, kononnya memetik laporan Reuters, mendakwa langkah itu susulan sekatan dikenakan AS terhadap empat syarikat berpangkalan di Malaysia.

Dalam pada itu, Kedutaan AS di Malaysia dalam platform X, turut menafikan apa jua bentuk sekatan baharu dikenakan kepada syarikat Malaysia mahupun menyenaraikan negara sebagai penaja keganasan.

“Penipuan disebar dalam WhatsApp dan media sosial lain adalah palsu,” katanya.

Related Articles

Back to top button