Global

Disambut Sheikh Tamim Hamad, lawatan PM Anwar ke Qatar diiringi jadual padat

Perdana Menteri yang tiba Qatar bersempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara Arab Teluk itu semalam diberi sambutan rasmi oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thanic.

Sambutan rasmi itu diadakan di Amiri Diwan, dewan pemerintahan Qatar yang turut menempatan pejabat pentadbiran Emir Qatar pada kira-kira jam jam 10.30 pagi Isnin (3.30 petang waktu Malaysia).

Lawatan Anwar ke Qatar adalah atas jemputan Emir Qatar dan ia dianggap cukup penting terutama dalam meraikan 50 tahun hubungan dua hala antara Malaysia dan Qatar sejak 1974.

Mengiringi beliau dalam lawatan ini adalah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Selesai upacara sambutan rasmi di Amiri Diwan, perdana menteri berkesempatan menghadap dan mengadakan pertemuan empat mata bersama Sheikh Tamim Hamad

Beliau turut mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani yang juga Menteri Luar Negeri Qatar.

Sepanjang lawatan ke Qatar, Anwar bakal berdepan jadual yang padat termasuk untuk menghadiri Forum Ekonomi Doha (DEF) 2024.

Pada lawatan tersebut Anwar akan mengetuai misi kerajaan untuk menarik pelabur baharu dari negara yang merekodkan pendapatan perkapita tertinggi di dunia itu.

BACA LAGI: PM Anwar ke Perdana Putra selesaikan urusan kerja sebelum berlepas ke Doha

Beliau yang juga Menteri Kewangan dijadual berjumpa lebih 30 kapten industri di Qatar, yang mana peluang ini akan dimanfaatkan beliau untuk melobi nama Malaysia sebagai destinasi tarikan pelaburan.

Merupakan rakan kongsi perdagangan kelima terbesar bagi Malaysia, Jumlah dagangan dua hala Malaysia dan Qatar pada 2023 ialah RM4.2 bilion, konsisten tertinggi sejak kali pertama merekodkan angka AS$1 bilion pada 2022.

Eksport utama Malaysia ke Qatar ialah produk besi dan keluli sebanyak 37.2 peratus; jentera, kelengkapan dan peralatan (16.5 peratus); produk minyak sawit dan pertanian berasaskan minyak sawit (8.5 peratus) manakala selebihnya ialah makanan diproses serta produk elektrik dan elektronik.

Sementara import Malaysia dari Qatar terdiri produk petroleum (47.4 peratus), petroleum mentah (31.5 peratus); kimia dan produk kimia (10.5 peratus), barangan perkilangan logam (9.3 peratus) dan produk perkilangan berasaskan minyak sawit (0.3 peratus).

Dalam pada itu, Anwar juga dijadual berkongsi misi dan visi beliau melalui syarahan umum di Hamad Bin Khalifa University, sebelum mengakhiri jadual hari pertama bersama kira-kira 500 rakyat Malaysia di Qatar.

Related Articles

Back to top button