Semasa

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa pokok tumbang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham Md Rizal Atan, pemandu kereta yang maut ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada 7 Mei lepas.

Anwar menerusi satu hantaran di laman Facebooknya berkata, sumbangan disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi keluarga Allahyarham pada Isnin.

“Saudara Farhan sampaikan ucapan takziah bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham yang kelihatan tenang dan tabah sepanjang pertemuan, namun pasti hanya ALLAH mengetahui gejolak dalam jiwanya,” katanya.
.
Anwar sementara itu turut mendoakan agar Allahyarham Md Rizal ditempatkan bersama orang-orang beriman dan urusan keluarganya dipermudah dan diberi kekuatan menempuh dugaan.

BACA LAGI: PM Anwar hulur sumbangan, doakan Daddy Rock segera sembuh

Dalam kejadian pada 7 Mei, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu sejak 2018 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya, selepas terlibat dalam insiden pokok tumbang terbabit.

Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak berusia 9 hingga 14 tahun yang masih bersekolah.

Related Articles

Back to top button