Negeri

Dasar Wanita Selangor, Pelan Tindakan 2024-2026 dilancar

Kerajaan Negeri Selangor pada Jumaat melancarkan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2026 bertemakan “Wanita Maju, Selangor Makmur”.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika pelancarannya berkata, dasar dan pelan tindakan terdiri daripada lima titik tumpuan dan tujuh matlamat yang menyentuh setiap aspek dan pembangunan wanita itu adalah kemaskini dari dasar sebelum ini dan ia bertujuan mengatasi isu berbangkit membabitkan golongan wanita.

“Dasar wanita ini menyentuh beberapa perkara khususnya persepsi terhadap gender. Mungkin ada beberapa perkara yang menjurus kepada tindakan atau langkah memperlekeh gender atau kelompok termasuk wanita.

“Lebih parah lagi jenayah dan tindakan yang boleh melanggar dan melawan asas kehidupan serta hak asasi manusia termasuk keganasan domestik.

“Dengan adanya dasar dan pelan tindakan ini ia mampu atasinya hingga ke akar umbi serta asas yang lebih kukuh,” katanya dalam majlis diadakan di Shah Alam itu.

BACA LAGI: MAICCI sambut baik pengumuman dana khas untuk bantu usahawan wanita India

Sementara itu Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, penambahbaikan yang dilakukan bertujuan untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan dapat dicapai setelah lima tahun dasar sebelum ini dilaksanakan.

“Secara ringkasnya, hasil dari kajian penilaian Dasar Wanita Selangor 2017-2020 mendapati bahawa hanya 56 peratus dari keseluruhan pelan tindakan tersebut berjaya dilaksanakan dalam sepanjang tempoh dasar itu berkuatkuasa.

“Oleh yang demikian, proses penambahbaikan dasar sedia ada telah dilakukan bertujuan untuk menambahbaik dan mengemaskini dasar ini sejajar dengan keperluan Rancangan Selangor Pertama atau RS-1 dan Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG khususnya SDG-5,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button