Semasa

Anwar tegaskan kepentingan hak asasi manusia pada pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan hak asasi manusia pada pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk.

Dalam pertemuan yang diadakan di Parlimen pada Selasa, Anwar menjelaskan, hak asasi manusia selari dengan apa yang dibawa dalam konsep Malaysia MADANI.

“Sebuah negara perlu ada wawasan bertunjangkan nilai asas yang diperlukan di dalam masyarakat harmoni, berkembang maju dan aman tanpa melupakan konsep ihsan serta hak asasi manusia,” kata Anwar melalui satu hantaran di laman Facebooknya.

Lawatan Volker dan delegasi adalah atas jemputan kerajaan.

Ia merupakan usaha berterusan Malaysia memupuk kerjasama dengan PBB bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai hak asasi manusia untuk dinikmati bersama oleh seluruh rakyat.

Sementara itu Volker dipetik laporan media berkata, PBB menanti kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

Beliau berharap Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan mengukuhkan agenda hak asasi manusia di rantau ini dan menyuntik semangat baharu ke dalam respons antarabangsa kepada krisis.

BACA LAGI: Malaysia alu-alukan seruan Majlis Hak Asasi Manusia PBB henti jualan senjata kepada Israel

“Peranan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di masa hadapan adalah kuncinya.

“Saya menyambut baik wawasan negara Malaysia MADANI yang merupakan tentang kemanusiaan, keterangkuman dan kemampanan selain daripada tadbir urus yang adil dan berkesan,” katanya dalam satu sidang media di penghujung lawatannya ke negara ini semalam.

Related Articles

Back to top button