Semasa

KPDN keluar 191 notis, buka tiga kertas siasatan berkaitan subsidi diesel

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima 23 aduan berkaitan kenaikan harga susulan pelarasan semula mekanisme pengagihan subsidi diesel diumum kerajaan.

Timbalan menteri KPDN Fuziah Salleh berkata, Ops Kesan 2.0 yang dilancarkan sebagai persiapan kepada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel telah menjalankan pemeriksaan ke atas 346 premis setakat semalam.

Susulan itu tiga kertas siasatan dibuka dan 191 notis telah dikeluarkan kepada peniaga.

“Pihak KPDN telah membuat persediaan rapi bagi menangani sebarang aduan terhadap mana-mana peniaga yang didapati menaikkan harga padakadar tidak munasabah.

“Terutama kepada mereka yang telah mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi diesel dan kepada peniaga yang sememangnya tidak layak menerima subsidi diesel sebelum pelaksanaannya,” katanya dalam kenyataan.

BACA LAGI: KPDN lancar Ops Kesan 2.0, pastikan peniaga tidak ambil kesempatan

Melalui kenyataan sama Fuziah berkata, bagi menjaga dan melindungi hak pengguna, KPDN akan mengambil tindakan tegas kepada individu atau syarikat yang melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

“Bagi sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah berikutan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, orang ramai boleh mengemukakansebarang maklumat dan aduan melalui talian khas Ops Kesan 2.0 iaitu 012-6654292,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button