Semasa

Menteri KDN jamin permohonan kewarganegaraan melalui tapisan sangat ketat

Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan semua permohonan membabitkan kewarganegaraan akan melalui tapisan yang sangat ketat.

Katanya, tapisan tersebut termasuk oleh pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Insya-Allah janji saya tetap sama iaitu untuk segera membuat keputusan kepada pemohon yang layak serta melepasi segala prosedur yang telah di tetapkan oleh KDN. Doakan supaya dipermudahkan,” katanya dalam hantaran di akaun X.

Difahamkan, pendirian itu dinyatakan Saifuddin susulan tindakan segelintir pihak yang cuba memainkan isu kewarganegaraan bagi menimbulkan rasa tidak yakin terhadap kerajaan.

“Saya tahu baru-baru ini terdapat isu berhubung kewarganegaraan yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

BACA LAGI: Pindaan berkaitan kewarganegaraan bukti kerajaan tangani isu dengan cermat

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku berkaitan integriti kakitangannya.

Pendirian itu susulan laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tahun ini sbahawa ebanyak 176 aduan diterima berkaitan salah laku tahun ini dan kebanyakan melibatkan Jabatan Imigresen (JIM).

“Pihak jabatan akan sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak EAIC dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku berkaitan dengan integriti kakitangan kami.

“Jika ada kakitangan yang didapati bersalah sepanjang siasatan dijalankan, tindakan dan hukuman akan dikenakan terhadap mereka,” katanya pada Khamis.

Related Articles

Back to top button