Semasa

Kerajaan sasar Tabika Kemas jadi pra tahfiz menjelang 2030

Kerajaan meletakkan sasaran semua tabika Kemas di seluruh negara akan menjadi tabika pra tahfiz menjelang tahun 2030.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu sudah diusulkan kepada Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah ketika baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi memperkasa pendidikan Al Quran dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya mempersembahkan kepada tuanku menjelang tahun 2030, Insya-Allah tabika Kemas di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tabika di bawah KKDW akan 100 peratus menjadi tabika pra tahfiz, doakan akan dapat dilaksanakan dengan sebaik – baiknya.

“Selain itu, kanak-kanak bukan Islam khususnya yang berada di kawasan desa dan luar bandar yang sangat memerlukan pengajaran peringkat kanak-kanak, “katanya dalam satu program di Lipis semalam.

Sementara itu tambah Ahmad Zahid, pihak kementerian juga akan mencari jalan supaya Pendidikan Islam khususnya untuk anak-anak pra sekolah dapat diajar menerusi kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Pintar).

BACA LAGI: Kerajaan akan terus perkukuh dasar pendidikan tahfiz – Dr Mohd Na’im

Kerajaan juga jelasnya akan menjalin kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengajar guru-guru yang tidak ada latar belakang pendidikan agama untuk mengajar Al- Quran dan agama Islam.

“Dalam usaha serampang dua mata, tenaga pengajar mesti tahu selok-belok pedagogi ilmu pendidikan kerana hal ini berkaitan bagaimana pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan baik,” katanya.

Related Articles

Back to top button