Semasa

Perkhidmatan pintar NADI bakal tingkatkan taraf hidup masyarakat setempat – MCMC

Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bakal memberi nilai tambah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan melalui satu kenyataan pada Isnin berkata, program sedia ada di NADI telah disusun semula berpandukan kepada lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.

“Penyusunan semula ini bagi memperkasakan masyarakat selain memastikan capaian dan peluang sama rata untuk memenuhi keperluan khusus masyarakat setempat,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC inisiatif itu yang akan dilaksana melalui Komuniti MADANI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebahagian daripada proses penambahbaikan fungsi NADI yang kini memfokuskan penyediaan capaian Internet secara kolektif, sebagai pusat penyebaran maklumat terkini dan tepat terutamanya bagi inisiatif kerajaan serta manfaatnya untuk rakyat.

“Inisiatif perkhidmatan pintar ini hasil daripada Persidangan Pusat Ekonomi Digital MADANI yang dianjurkan pada 29 November 2023 dan akan disediakan di semua NADI seluruh negara,” tambah kenyataan itu.

BACA LAGI: Teknologi 5G penting untuk pacu pembangunan ekonomi digital negara

Terdahulu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperluas dengan pelaksanaan program di luar pusat itu.

Langkah itu yang bertujuan untuk memberi lebih banyak manfaat lebih meluas kepada masyarakat setempat.

Antara modul yang akan dilaksana di luar pusat itu ialah kecerdasan buatan, digital, maklumat mengenai penipuan dalam talian dan kesedaran mengenai buli siber.

Related Articles

Back to top button