Parlimen

Kerajaan Singapura biaya skim bantuan tenaga pengajar BI sukarela ke negara ini – Menteri

Skim bantuan tenaga pengajar sukarela Bahasa Inggeris (BI) dari Singapura, akan dibiayai negara berkenaan sepenuhnya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau menyambut baik cadangan terbabit yang diusahakan pimpinan tertinggi kedua-dua negara.

Katanya, skim berkenaan dilihat dapat membantu untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar, pinggir bandar serta luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut dan kini sedang meneliti cadangan guru sukarelawan terutama daripada sudut pelaksanaan di institusi pendidikan KPM, perkara ini selari dengan dasar dan peraturan sedia ada,” katanya ketika Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambahnya, inisiatif seumpama itu pernah dilaksanakan oleh KPM dengan melibatkan tenaga pengajar dari negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan Korea.

Selain itu, Fadhlina berkata KPM juga memperkenalkan pelan pemerkasaan pendidikan Bahasa Inggeris sebagai usaha untuk memperkasakan pendidikan Bahasa Inggeris dan mengupayakan pedagogi berasaskan teknologi berdasarkan hala tuju Malaysia Madani.

Dalam lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ke negara ini sebelum ini, Malaysia berbincang dengan Singapura mengenai kemungkinan negara republik itu menghantar tenaga pengajar untuk mengajar Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa tempat di seluruh negara.

Related Articles

Back to top button