SukanUncategorized

Kylian Mbappe ikat kontrak lima tahun dengan Real Madrid

Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.

“#WelcomeMbappé,” ciap kelab itu di X, sambil menambah bahawa pemeriksaan kesihatan pemain berusia 25 tahun itu juga telah selesai.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa selepas menandatangani perjanjian itu, Mbappe dihadiahkan replika stadium, jam tangan dan jersi dengan namanya dan nombor 9 tertera di atasnya oleh presiden kelab, Florentino Perez.

Mbappe yang dilahirkan di Paris meninggalkan Paris Saint-Germain selepas tujuh tahun bersama kelab itu.

Pemain itu telah memenangi enam gelaran Ligue 1 Perancis dalam tujuh musim bersama PSG dan merupakan juara Perancis bersama Monaco pada 2017. Dia juga membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia.

Dianggap sebagai seorang daripada pemain terbaik dunia, Mbappe menjaringkan 256 gol dalam 308 perlawanan untuk PSG menjadikannya penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu. – Bernama-Anadolu

Related Articles

Back to top button