Nasional

Gerakan koperasi perlu lebih berani terokai sektor hartanah – Menteri

Gerakan koperasi di negara ini perlu mengambil langkah berani dalam menerokai bidang pembangunan hartanah dan pembinaan seiring dengan peralihan kehendak rakyat ketika ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, perkara itu bagi memastikan koperasi mampu bersaing dalam pelbagai bidang terutama dalam sektor hartanah.

Selain daripada perolehan, ahli-ahli koperasi juga mendapat manfaat untuk memiliki hartanah yang dibangunkan oleh koperasi sendiri.

“Saya menggalakkan supaya koperasi ini menceburi sektor hartanah kerana pada masa ini rakyat kita sudah tentu ingin memiliki rumah sendiri dan sebagainya.

“…ini satu potensi yang besar dalam masa sama kita mengalu-alukan penyertaan koperasi yang terlibat dalam sektor hartanah ini untuk menyertai federasi koperasi hartanah,” katanya dalam majlis makan malam dan Apresiasi Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan di Putrajaya pada Khamis.

Pada majlis tersebut, beliau turut melancarkan New Strategic Initiative (NSI) SKM Wilayah Persekutuan, iaitu Projek Rumah Selangorku: Shorea Garden yang dimajukan oleh Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad .

Projek Rumah yang bernilai RM63.8 juta itu merupakan projek pembangunan usahasama antara Koperasi Sahabat Berhad dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor.

Dengan jumlah keseluruhan 230 unit dan keluasan keseluruhan tapak projek 10 ekar pada harga bermula RM275,000.

Projek itu memberi peluang kepada pendapatan isi rumah tidak melebihi RM14,500 memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.

Related Articles

Back to top button