Semasa

Pegawai perubatan dilantik tetap ditawar gaji berdasarkan jumlah akhir kontrak – Menteri

Pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak yang dilantik secara tetap oleh Kementerian Kesihatan (KKM) ditawarkan gaji berdasarkan akhir semasa lantikan kontrak.

Menteri KKM Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dipetik laporan Sinar Harian berkata, kelulusan khas itu juga turut terpakai sekiranya dilantik secara kontrak interim kelak.

“Oleh itu, dakwaan bahawa kerajaan tidak mengambil kira pengalaman dan memberi gaji yang rendah (kembali ke asas) adalah tidak tepat.

“Ini kerana segala pergerakan gaji tahunan di jawatan kontrak turut diambil kira untuk penetapan gaji permulaan di jawatan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” katanya menurut laporan itu.

BACA LAGI: Pindaan Akta 50 bakal lahir lebih ramai pakar perubatan

Terdahulu, seramai 422 pegawai perubatan lantikan kontrak KKM akan melengkapkan tempoh maksimum kontrak tujuh tahun mulai bulan ini hingga November hadapan.

Pegawai perubatan yang menamatkan kontrak pada tahun ini berpeluang untuk memohon dalam urusan pengambilan khas yang dilaksanakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bulan ini.

Related Articles

Back to top button