Global

PM Anwar tuntut semua negara perakui kedaulatan Palestin

Kerajaan di seluruh dunia yang belum memperakui negara Palestin perlu segera memperakuinya.

Perdana Menteri berkata begitu sebagai mengulas perkembangan terbaharu yang menyaksikan perdamaian antara Hamas yang memerintah Genting Gaza dan Fatah yang mentadbir Tebing Barat bagi penubuhan ‘kerajaan pendamaian nasional sementara’ untuk mentadbir Gaza selepas perang.

Menyambut baik perdamaian termeterai melalui Deklarasi Beijing itu, Anwar menegaskan, perakuan antarabangsa merupakan antara yang terpenting saat ini selain memberi dukungan kepada deklarasi perpaduan yang dimeterai.

“Malaysia mengalu-alukan persefahaman dan perpaduan antara Fatah dan Hamas yang pastinya akan memperkukuh solidariti warga Palestin.

“Penghargaan buat Kerajaan Republik Rakyat china dalam memudahcara pertemuan dan perbincangan antara Fatah, Hamas dan 12 fraksi lain yang membentuk perjuangan Palestin.

“Saya amat berharap bahawa deklarasi perpaduan ini benar-benar diterjemahkan di semua peringkat dengan jayanya, serta dalam menongkah tantangan di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

BACA LAGI: Ikut langkah Brazil, iktiraf Palestin melalui perjanjian perdagangan – MAHAR

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 14 kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing, China hari ini.

Wakil-wakil terbabit menandatangani deklarasi yang berikrar menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan.

Mengulas lanjut, Malaysia bersedia untuk mencurahkan tenaga dan keringat ke arah tersebut demi keadilan dan kebebasan Palestin.

Related Articles

Back to top button