Semasa

Tengku Zafrul janji bangkitkan isu subsidi diesel bas kilang ke kabinet

Keluhan pengusaha bas kilang dalam isu berkaitan subsidi diesel bakal dibawa ke perhatian Jemaah Menteri.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan komitmen itu sebagai mengulas permintaan pengusaha bas yang mahu kementerian itu campur tangan termasuk berunding dengan pihak industri agar perjanjian perkhidmatan bas kilang disemak semula bagi melayakkan mereka menerima manfaat subsidi itu.

“Kita sebagai kerajaan dengar (isu berbangkit berkaitan diesel daripada pihak) walaupun MITI sebenarnya adalah kementerian dalam sektor pembuatan.

“Saya percaya isu ini telah dibangkitkan dan kementerian berkaitan seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kewangan akan menjawab perkara ini,” kata

Tengku Zafrul berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang Plexus keenam di Bandar Cassia di Batu Kawan, Pulau Pinang pada Jumaat.

Jun lalu, lebih 1,200 pengusaha bas pekerja merayu kerajaan mempertimbangkan ia dimasukkan dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 susulan kenaikan harga diesel.

BACA LAGI: Tiada rasionalisasi subsidi RON95 ketika ini, kerajaan tumpu terangkan isu diesel

Kerajaan menetapkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun lalu, iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ini memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun, di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam jangka panjang

Related Articles

Back to top button