Semasa

Rantau ASEAN perlu kerjasama wujudkan ekosistem media sosial lebih selamat – Fahmi

Rantau ASEAN perlu menjalin kerjasama lebih kukuh dalam meneliti kerangka kawal selia media sosial yang lebih tegas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hasrat itu jelasnya sudah disampaikan dan mendapat sokongan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura Josephine Teo semasa mesyuarat bilateral dihadirnya pada Isnin.

“Pertemuan ini bukan sahaja merapatkan hubungan antara dua kementerian, tapi memperlihat satu usaha di mana kedua-dua kami akan menyampaikan pandangan yang senada dalam isu ini ke peringkat ASEAN, terutama apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.

“Ini satu langkah yang positif dan mampu menjadikan suasana dan ekosistem Internet di Malaysia, Singapura dan rantau Asia Tenggara lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga,” katanya dipetik.

Fahmi berada di Singapura untuk lawatan kerja tiga hari, kebanyakannya untuk bertemu dengan pengendali platform media sosial bagi mengadakan perbincangan mengenai isu seperti penipuan, buli siber, pornografi dan ‘troll farm’.

BACA LAGI: Perkhidmatan media sosial, pesanan internet perlu lesen berkuatkuasa 2025 – MCMC

Pada lawatan itu, Fahmi dan delegasi Malaysia turut melawat Pusat Ketelusan dan Akauntabiliti (TAC) TikTok di republik itu dan taklimat mengenai operasi TikTok, termasuk Garis Panduan Komuniti dan sistem pengesyoran platform itu.

Sementara itu Fahmi turut menegaskan, usaha bagi mewujudkan ekosistem media sosial lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga di rantau ini bakal diteruskan Malaysia apabila mengambil alih kepengerusian ASEAN pada tahun depan.

Related Articles

Back to top button