Dr Maza puji keberanian kerajaan, gesa rakyat bersama PM Anwar pertahan Palestin
Ia susulan langkah kerajaan dalam menganjurkan Himpunan Solidariti Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad sebagai tanda menyokong perjuangan pembebasan Palestin daripada pembunuhan kejam rejim zionis.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tiada negara lain seberani kerajaan Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Mohd Asri sebagai merujuk penganjuran Himpunan Solidariti Palestin oleh kerajaan di Axiata Areana, Bukit Jalil pada Ahad berkata, rakyat perlu bersama Perdana Menteri dalam perjuangan untuk rakyat Palestin supaya suara bantahan rakyat menjadi lebih jelas dan tegas.
“Tiada negara lain yang seberani ini dalam sikap terhadap isu Palestin.
“Kita hendaklah akui bahawa majlis seperti ini (Himpunan Solidariti Palestin) tidak dibuat setakat ini oleh mana-mana negara Arab, walaupun lima peratus.
“Hanya kepimpinan negara yang berani sahaja boleh menganjurkan acara seperti ini yang mengutuk secara terbuka negara haram yang dilaknat itu,” katanya dalam di Facebook pada Isnin.Dianggarkan kira-kira 12,000 rakyat hadir ke himpunan solidariti tersebut dengan kebanyakkan mereka memakai pakaian putih.
Acara dihadiri pegawai tertinggi kerajaan dan wakil dari Kedutaan Palestin, Maghribi, Tajikistan, Turkiye, Lubnan, Republik China, dan Guinea itu menyaksikan.
BACA LAGI: Teguh sokong Palestin, Malaysia akan bantu segala usaha termampu
Perdana Menteri ketika menyampaikan pidato semasa kemuncak itu menegaskan, Malaysia akan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan Gaza untuk bebas merdeka dari cengkaman dan penindasan rejim Zionis Israel.
“Saya rasa kita mungkin boleh berbeza pandangan dengan kerajaan dalam hal-hal lain, tapi tidak dalam hal ini.
“Apapun andaian pihak lain, sama ada tujuan politik atau selainnya, risikonya tetap ada dan pihak kerajaan berani mengambilnya,”ujar yang menganggap acara dan kenyataan terbuka seperti itu boleh mengundang reaksi lobi Yahudi di Timur dan Barat.