PM Anwar bertemu pemain industri E&E pada Sesi Libat Urus Belanjawan 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemain industri pada Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Bersama Pemain Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di SilTerra, Kulim Kedah, hari ini.
Sesi itu bertujuan bagi mengumpulkan maklum balas daripada pemegang saham terkait polis, daripada segi dasar, insentif, program, implikasi dan cabaran yang dihadapi oleh mereka.
Anwar menjelaskan bahawa wujud kepentingan dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara-negara terlibat meskipun memiliki kepentingan serta pandangan politik yang berlainan.
“Walaupun beberapa pendirian kita terutama soal Gaza (agak) keras dan berbeza (dengan kebanyakan negara Barat), (juga) bertentangan dengan Amerika, tetapi dari segi pelaburan (tidak memberikan impak negatif), dia juga jaga kepentingan dia, kita juga jaga kepentingan kita, sebab itu pelaburan tetap bertambah.
“Tetapi (dalam masa yang sama) kita juga beralih kepada negara China, dari sudut E&E juga, (melibatkan) syarikat kenderaan elektrik (EV), (negara) China dapat mengatasi kos dan juga dari segi efficiency (keberkesanan) terutamanya dalam pengeluaran bateri,” katanya.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengumumkan Anwar telah mengarahkan semua menteri untuk mengadakan sesi dialog yang sama bersama kementerian dan pihak berkepentingan masing-masing bagi memastikan input yang komprehensif untuk Belanjawan MADANI 2025.
Bajet 2025 yang juga merupakan belanjawan yang ketiga itu dijadualkan bakal dibentangkan pada 18 Oktober ini bertempat di Dewan Rakyat.