Semasa

Libat urus siapkan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar

Proses libat urus Kementerian Kewangan (MOF) dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan dengan lancar, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada mesyuarat pasca Kabinet Rabu lalu memaklumkan hampir kesemua kementerian sama ada telah dan masih meneruskan sesi perbincangan dengan para pemegang taruh.

“Kita mengalu-alukan maklum balas daripada pelbagai sektor industri dan juga pemegang taruh bagi kementerian-kementerian untuk berhubung sama ada dengan ketua setiausaha atau menteri.

“Sekiranya mereka ada sebarang maklum balas, pandangan, saranan yang mereka harap, Kementerian Kewangan akan mengambil kira dalam penyediaan dokumen Belanjawan 2025,” katanya dipetik.

Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 18 Okt, 2024.

BACA LAGI: Tempoh masa perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat dilanjutkan

MOF menerusi Kenyataan Prabelanjawan yang diterbitkan pada 30 Julai lalu menetapkan ‘Ekonomi MADANI: Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ sebagai tema bagi panduan kepada proses konsultasi Belanjawan 2025.

Kenyataan itu menyebut, kerajaan komited untuk memastikan proses penggubalan Belanjawan 2025 dijalankan secara holistik dan terangkum dan mengalu-alukan maklum balas daripada semua pihak.

Related Articles

Back to top button