Semasa

Kerajaan pastikan bekalan keperluan asas untuk Orang Asli tak terputus

Kerajaan MADANI melalui kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memastikan masyarakat luar bandar termasuk Orang Asli di Semenanjung serta Orang Asal di Sarawak dan Sabah tidak terputus bekalan barang keperluan asas.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, pihaknya melaksana beberapa langkah bagi tujuan itu termasuk dengan melaksana Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu.

Melalui insiaitif itu masyarakat terbabit jelasnya dapat membeli pelbagai barang dengan harga rendah berbanding pasaran.

“Saya dapat tahu, sambutan diterima sangat baik, barang yang dijual juga lebih rendah 30 hingga 40 peratus daripada harga pasaran,” katanya.

Fuziah berkata begitu semasa merasmikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia (SHOAS) 2024 di Kampung Pos Iskandar di Bera, Pahang pada Sabtu.

Sambutan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli serta mengiktiraf pencapaian dan sumbangan mereka dalam isu-isu dunia seperti perlindungan alam sekitar.

BACA LAGI: Lebih 150,000 kenderaan belum didaftarkan dibawah SKDS

Selain Jualan Rahmah, sambutan tersebut turut diserikan dengan pelbagai acara menarik antaranya persembahan kebudayaan masyarakat Orang Asli dan Borneo serta pameran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu menurut Fuziah, selain memastikan bekalan keperluan asas tidak terputus, kerajaan juga fokus memastikan harga barangan keperluan asas yang dibeli oleh golongan berkenaan terkawal.

Related Articles

Back to top button