Global

PM Anwar ulangi kritikan terhadap hipokrit dunia terhadap Palestin

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sekali lagi menggunakan pentas antarabangsa bagi mengulangi kritikan terhadap kurangnya tindakan komuniti antrabangsa dalam menangani genosid di Gaza.

Rejim Israel tegasnya telah melakukan pembunuhan begitu ramai rakyat Palestin, namun tidak banyak tindakan telah diambil di peringkat antarabangsa mengenainya.

“Ramai menyuarakan pandangan mengenai genosid di Ukraine, namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka menganggapnya kesan peperangan dan menerimanya begitu saja.

Ini benar-benar mengejutkan dan saya anggap ia satu hipokrasi…Hipokrasi ini perlu ditamatkan, katanya dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di New Dehli.

Perdana Menteri berada di India untuk lawatan rasmi tiga hari bermula Isnin lalu dan mengakhiri lawatannya semalam.

BACA LAGI: PM Anwar benar-benar kotakan kata-kata untuk rawat warga Palestin

Beliau sering menggunakan lawatan rasminya ke negara luar bagi membangkitkan isu penindasan terhadap rakyat Palestin.

Terdahulu, Anwar dalam hantaran X pada Selasa berkata: Sebarang perkembangan bermakna ke arah keamanan perlu bermula dengan menghentikan semua tindakan ketenteraan dan keganasan terhadap rakyat Palestin oleh Israel.

Related Articles

Back to top button