Negeri

Selangor tingkat ekosistem pendidikan awal melalui kerjasama institusi pendidikan Australia

Kerajaan Negeri Selangor meneruskan usaha untuk memperkasa ekosistem pendidikan awal kanak-kanak.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata, bagi tujuan itu pihaknya sedang mengatur kerjasama dengan institusi pendidikan Australia, Technical and Further Education (TAFE) Victoria untuk kursus pensijilan mikro.

“Kita akan laksanakan secara training of trainer (TOT) yang mana melatih peserta untuk menjadi jurulatih atau fasilitator yang efektif kepada peserta lain.

“Pengasuh yang hadir untuk kursus jangka pendek ini akan menerima pentauliahan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dan mereka boleh jadi jurulatih kepada pengasuh lain nanti.

“Selain boleh tambah nilai pengasuh terutama pengasuh di rumah, program ini juga akan memperkasa ekosistem pendidikan awal kanak-kanak negeri,” katanya dipetik Media Selangor.

Beliau turut memaklumkan, kursus tersebut dijangka dapat dimulakan tahun itu dan ia akan melibatkan kira-kira 30 pengasuh.

Sementara itu jelasnya, 660 pengasuh dari rumah telah melalui Kursus Insentif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) di bawah program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IMPAK) setakat ini.

“IMPAK buat masa sekarang sudah berjalan sekitar 10 siri dan ia akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai pengasuh menerima manfaat menerusi kursus tersebut,” katanya.

BACA LAGI: Selangor terus jaga kebajikan komuniti Orang Asli – Menteri Besar

Kerajaan Negeri menyasar 1,000 pengasuh menjalani program latihan IMPAK tahun ini dan mereka yang berminat boleh mendaftar di laman web impak.yawas.com.my dengan memenuhi lima syarat utama.

Peserta yang terpilih menjalani KIPK secara percuma turut berpeluang menerima geran bernilai RM2,000 setiap seorang.

Related Articles

Back to top button