Semasa

Benteras aliran menyeleweng hingga ke akar umbi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa mengambil tindakan serius bagi menyiasat serta membanteras aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah..

Beliau melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, perkara itu sudah disampaikan pada pertemuan dengan pegawai tertinggi JAKIM pada Isnin yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Tambah Perdana Menteri, Kerajaan Madani mengambil serius perkara yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia dan aliran bertentangan perlu dibenteras sehingga peringkat akar umbi.

“Moga Allah melindungi kita dan negara ini daripada sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat kita, “katanya.

BACA LAGI: Perlu proaktif cantas ideologi sesat, melampau ‘tunggang’ agama

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan bersama pegawai tertinggi Jakim untuk berbincang beberapa perkara terkait hal ehwal agama Islam di negara ini.

Pertemuan itu disifatkan penting dalam usaha mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi Persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal negara ini.

Related Articles

Back to top button