Negeri

Iltizam Selangor Sihat: RM59 juta dibelanjakan sepanjang tahun ini.

Kerajaan Negeri Selangor telah membelanjakan RM59 juta bagi melaksana inisiatif kesihatan awam sepanjang tahun ini.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata, inisiatif dibawah Iltizam Selangor Sihat (ISS) itu bertujuan membantu rakyat mendapatkan rawatan asas dan vaksinasi sekaligus menjaga kualiti hidup rakyat.

“Keutamaaan Selangor adalah pencegahan kesihatan selain rawatan. Jadi negeri juga sediakan inisiatif saringan kesihatan percuma melalui Selangor Saring.

“Negeri juga sediakan subsidi RM70, jika kita mendapatkan rawatan di klinik melibatkan kos RM90, hanya perlu membayar RM20,” katanya pada ucapan di Majlis Karnival Kesihatan Madani di Dewan Serbaguna Bandar Teknologi Kajang pada Ahad.

ISS bertujuan meringankan beban kos sara hidup yang tinggi di kalangan B40 dengan menawarkan pembiayaan kesihatan sehingga RM500 setahun bagi kategori Keluarga dan RM250 setahun bagi kategori Individu, dengan had bagi setiap rawatan adalah berjumlah RM70

Mereka juga layak juga menerima manfaat tambahan seperti khairat kematian dan tuntutan penyakit kritikal di samping menampung kos kemasukan hospital swasta panel

Menurut laporan media, seramai 45,000 individu di negeri itu telah mendaftar dan meraih manfaat daripada ISS sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2022.

Lebih 30 Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menganjurkan saringan kesihatan percuma setakat ini yang memberi telah manfaat kepada ribuan peserta.

BACA LAGI: Persediaan hadapi kemungkinan banjir telah dimulakan – MB Selangor

Sementara itu Jamaliah berkata, pihaknya kini giat menjalani promosi Selangor Saring dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat.

Bagi tujuan itu jelasnya, ketua kampung dan ahli majlis boleh berhubung dengan pihaknya sekiranya berhasrat mengadakan program saringan tersebut.

“Mereka juga boleh anjurkan, tidak perlu menunggu dari Pusat Khidmat DUN. Syaratnya perlu penyertaan lebih 100 peserta dan negeri sentiasa menanti untuk mengemukakan tarikh cadangan bagi laksana program di kawasan masing-masing,” katanya.

Difahamkan, saringan kesihatan seperti barah, kencing manis dan kolestrol boleh mencecah bayaran sehingga RM3,000. Namun melalui Selangor Saring ia adalah percuma.

Related Articles

Back to top button