ekonomi

Menteri Ekonomi Indonesia puji pendekatan PM Anwar jaga kepentingan Bumiputera

Menteri Ekonomi Indonesia, Chairul Tanjung memuji pendekatan afirmatif pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjaga kepentingan kaum Bumiputera.

Chairul berkata, di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia melaksanakan pelbagai dasar bagi menjaga kepentingan Bumiputera di samping memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi bersama masyarakat.

Pendekatan itu jelasnya boleh menjadi contoh terbaik bagi Indonesia dalam menggubal dasar serupa supaya memberi manfaat kepada penduduk yang majoriti beragama Islam.

“Kami (rakyat Indonesia) mahukan kesaksamaan; kita tidak meminta lebih daripada apa yang kita ada (dari segi populasi). Di Indonesia, 85 peratus penduduknya beragama Islam. Oleh itu, kami hanya meminta 85 peratus bahagian ekonomi.

“Malaysia adalah contoh yang baik kerana ia sudah mempunyai tindakan afirmatif untuk Bumiputera,” katanya dipetik.

Chairul yang juga pengasas konglomerat CT Corp hadir ke Forum Serantau YAPEIM (FSY2024) dianjurkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), di Putrajaya.

BACA LAGI: PuTERA35 dilancarkan, angkat martabat Bumiputera

Sementara itu beliau turut memuji komitmen Kerajaan MADANI untuk memacu pertumbuhan ekonomi di rantau ini, terutamanya antara Malaysia dan Indonesia.

Perdana Menteri sebelum ini menegaskan komitmennya terhadap Agenda Ekonomi Bumiputera, yang meneruskan dasar-dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menangani ketidakseimbangan sosioekonomi

Di bawah pentadbiran Anwar, penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi telah diperkukuh, terutamanya dalam perolehan kerajaan, pembangunan perniagaan dan pendidikan tinggi.

Related Articles

Back to top button