Semasa

NUST anugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST), di Islamabad.

Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, intelektualisme Islam dan dasar-dasar beliau yang memperkukuh hubungan antara dunia Islam.

Anwar diberi penghormatan menyampaikan syarahan bertajuk Echoes of Iqbal: Charting a Future of Renewal and Progress kepada pelajar dan staf akademik NUST.

Syarahan itu menyentuh tema perpaduan Islam, keadilan sosial dan masa depan kepimpinan dalam dunia Islam yang dinamik.

Beliau turut menjawab soalan yang dilontarkan oleh pelajar universiti itu.

NUST adalah universiti penyelidikan awam berbilang kampus di seluruh Pakistan dengan kampus utama terletak di Islamabad dan menyediakan pendidikan tinggi kepada lebih 10,000 mahasiswa dan pelajar lepasan ijazah.

Anwar kini dalam rangka lawatan ke Pakistan atas jemputan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.

BACA LAGI: Pelaburan AS$6.5 bilion Oracle bukti syarikat dunia yakin pada Malaysia

Kerajaan Pakistan menaik taraf status lawatan kerja Perdana Menteri kepada Lawatan Negara, menandakan persahabatan yang akrab antara kedua-dua negara.

Selain anugerah dari NUST, Anwar dilapor akan menerima anugerah penghormatan tertinggi Pakistan kepada pemimpin luar iaitu Nishan-e-Pakistan, atas ketokohan beliau memupuk hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan ke tahap lebih lebih baik.

Related Articles

Back to top button