Semasa

Isteri Perdana Menteri dalam keadaan baik selepas jalani prosedur kesihatan

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilapor sedang menjalani rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Terdahulu pada Isnin, Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu dilapor menjalani prosedur kesihatan di hospital berkenaan dan berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

“Kami menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa serta ingatan buat kesembuhan segera Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

“Terima kasih atas ruang privasi yang diberikan kepada beliau untuk menerima rawatan dengan sempurna,” katanya Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr. Farique Rizal Abdul Hamid dipetik laporan media.

BACA LAGI: Dr Wan Azizah seru pelajar hargai pengorbanan guru dan ibu bapa

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam catatan Facebook pada malam Isnin, menggesa rakyat Malaysia mendoakan agar Dr Wan Azizah diberikan kesembuhan yang cepat.

“Susah senang bersama! ” kata Anwar, yang turut menyertakan gambar beliau bersama Dr Wan Azizah yang sedang menerima rawatan.

Related Articles

Back to top button